Wednesday, August 29, 2012

Dye Asli - Pokok Jarak

Getah Pokok Jarak

Ketika bapa saya aktif menanam pokok jarak di kebun, kami selalu tolong memetik buah pokok tersebut. Buah Jarak di promosi sebagai pengganti bahan bakar berasaskan fosil seperti petrol, gas asli dan diesel. 

Akan tetapi proses penyediaannya amat rumit -- lepas petik perlu kopek, hanya bijinya yg perlu di keringkan. Tak boleh kena air hujan dan walau banyak tenaga dicurah untuk itu, masih tak berbaloi kerana banyak yg di "reject".

Pada masa yg sama saya mendapati getah pada pokok jarak amat sensitif dengan fabrik. Yg mana bila terkena, kesan getah ini akan kekal walau dibasuh berkali-kali

Getah pokok jarak ini pada saya, perlu dibuat kajian mendalam dan boleh dijadikan produk dye asli yg tidak berbahaya; tambahan kepada (roots, berries, bark, leaves dan wood, fungi, dan lichens) berbanding dye sintetik -- http://en.wikipedia.org/wiki/Dye

Menurut site : http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/pokok-jarak-boleh-jadi-ubat.html , getah pokok jarak boleh dijadikan ubat2 tradisional (tetapi untuk mendapat perhatian umum, perlunya lab dan kajian untuk tentukan ianya selamat, tiada kesan sampingan dan di "patent" sebelum idea ini dicuri oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab)

my 2 cents